Pada 25 Ogos 2022, HFEM telah menjemput pengamal industri dalam sektor pembuatan untuk menyertai Bengkel Pembangunan Garis Panduan Ergonomik untuk Sektor Pembuatan. Program ini telah berlangsung di Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UPM Serdang.
Program ini merupakan pembangunan Garispanduan Ergonomik yang melibatkan sektor sektor yang menerima pampasan tertinggi dari PERKESO. Kos-kos yang terlibat adalah bagi menampung kos elaun saguhati.
Analisa statistik PERKESO dari tahun 2009-2014 menunjukkan sektor yang menerima jumlah pampasan tertinggi akibat penyakit Muskuloskeletal dari PERKESO adalah Sektor Pembuatan, Peruncitan, Tenaga/Komunikasi dan Pertanian. Pembangunan dan penerbitan buku garis panduan ergonomik bagi Sektor Pembuatan akan membantu dan menggalakkan penglibatan pemain pemain industri di sektor ini bagi mengenal pasti dan seterusnya mengawal faktor risiko ergonomik di tempat kerja mereka dan seterusnya membantu mengurangkan kes kes MSD di tempat kerja.
Objektif bengkel ini adalah untuk:
- Mengenal pasti proses kerja di sektor pembuatan dan seterusnya mengenal pasti bahaya ergonomik (ergonomics hazard) secara spesifik bagi industri pembuatan
- Menyenaraikan contoh-contoh penambahbaikan yang sedia ada dan boleh digunakan oleh sektor pembuatan bagi menguruskan isu ergonomik di tempat kerja
- Menerbitkan dapatan di atas sebagai sebuah garispanduan pengurusan ergonomik bagi sektor pembuatan sebagai bahan rujukan
- Menyumbang ke arah matlamat jangka panjang Vision Zero iaitu “strengthen awareness of health, safety and well-being at work” dan “get as much involvement and support as possible from the target groups”.
Latest post
[Upcoming] Ergonomics Trained Person (Initial) – 9-10 December 2024
Training: Ergonomics Trained Person (ETP) 9-10 December 2024 Ergonomics Risk...
Read More[Upcoming] Ergonomics Trained Person (Advanced) – 19-20 November 2024
Training: Ergonomics Trained Person (ETP) 19-20 November 2024 Ergonomics Risk...
Read MoreErgonomics Trained Person (Initial) – 27-28 August 2024
Training: Ergonomics Trained Person (ETP) 27-28 August 2024 Ergonomics Risk...
Read More