Pada suatu hari, paip rumah saya mengalami kebocoran. Saya mengambil keputusan untuk membaikinya sendiri. Walau bagaimanapun, peralatan untuk tujuan tersebut tidak ada, iaitu perengkuh paip (pipe wrench).
Maka, saya ke kedai hardware untuk membeli peralatan yang dimaksudkan. Namun tidak ketemui perengkuh yang dimaksudkan. Saya membeli playar (plier) yang mempunyai fungsi untuk membuka dan memasang paip serta boleh digunakan untuk tujuan lain. Dengan kata lain, playar serbaguna. Namun, alat yang mempunyai fungsi serba guna mempunyai kekangannya yang tersendiri.
Cuba anda buat penaksiran risiko ergonomik asas berdasarkan gambar playar serbaguna di bawah. Berdasarkan penilaian alat tersebut, didapati:
Keadaan yang dikenal pasti menyebabkan kerahan tenaga tinggi yang berlaku semasa aktiviti menggenggam, tekanan otot, dan postur janggal pergelangan tangan meningkatkan risiko gangguan rangka-otot (skeletal muscle).
Tangan manusia mempunyai sktruktur kompleks yang membolehkan pelbagai aktiviti boleh dilakukan. Anggota tangan mempunyai pelbagai jenis dengan fungsi-fungsi tertentu, antaranya adalah aktiviti menggenggam. Secara umumnya, aktiviti menggenggam boleh dikelaskan kepada dua jenis:
Daripada dua jenis ini, ia boleh diperincikan kepada beberapa lagi sub-kategori genggaman yang lain. Namun, tulisan saya kali ini tidak berhasrat untuk menghuraikan kategori-kategori tersebut.
Menggenggam: Melibatkan dua kelompok otot ekstrinsik dan otot intrinsik yang bermula dari lengan hingga ke tangan.
Otot-otot ekstrinsik antara lainnya adalah flexor carpi radialis, palmaris longus, flexor carpi ulnaris, flexor digitorum superficialis, flexor digitorum profundus, flexor pollicis longus, pronator quadratus dan extensor carpi radialis longus, extensor digitorum communis, extensor pollicis brevis, extensor pollicis longus, dan extensor carpi radialis brevis.
Otot-otot intrinsik antara lainnya adalah kelompok otot thenar, hypothenar, interossei, dan lumbrical.
Secara ringkasnya, kelompok otot yang spesifik khusus untuk aktiviti menggenggam adalah seperti berikut:
Otot-otot seperti dinyatakan berkait di antara satu sama lain ketika berlaku pergerakan tangan dan perbuatan menggenggam tangan. Pergerakan berulang-ulang dan kerahan otot yang kerap berpotensi menyebabkan kecederaan pada bahagian otot tertentu.
Posisi ulnar deviation ini akan mengurangkan kekuatan genggaman. Sebilangan pengkaji menyatakan bahawa kehilangan kuasa genggaman boleh berlaku sehingga 20% berbanding genggaman postur tangan yang neutral.Walaupun kuasa genggaman telah berkurang, tetapi tekanan pergelangan tangan pula meningkat. Sebagai tambahan, ligamen yang terlibat semasa tangan berada dalam posisi ulnar deviation adalah radial collateral ligament.
Peningkatan risiko gangguan rangka-otot tangan adalah disebabkan oleh faktor-faktor kerahan tenaga tinggi dan postur janggal. Ia ditingkatkan lagi dengan pergerakan berulang-ulang yang boleh menyebabkan kelesuan tisu lembut sekaligus secara progresif boleh menyebabkan kecederaan. Keadaan ini sering disebut sebagai Kecederaan Terikan Berulang atau Repetitive Strain Injury (RSI).
Tisu lembut (otot, tendon dan ligamen) mempunyai had ambang yang tersendiri, justeru kerahan tenaga berlebihan tanpa rehat akan menyebabkan tekanan pada tisu sekaligus menyebabkan kelesuan dan melepasi had ambangnya; lantas menyebabkan kecederaan.
Berdasarkan penaksiran risiko dan mekanisme biomekanik tangan, maka dapatlah difahami bahawa untuk mengurangkan dan mencegah risiko gangguan rangka-otot tangan, ia perlu ditangani secara objektif.
Antara pendekatan objektif yang disyorkan adalah (saya merujuk syor yang dinyatakan dalam beberapa laman sesawang ergonomik, yang pada pandangan saya bersesuaian untuk diteladani dan beberapa syor berdasarkan pengalaman penaksiran risiko yang pernah saya lakukan):
Berdasarkan konteks penggunaan saya, yang mana alat yang digunakan hanya melibatkan kerja-kerja sementara dan rendah kekerapannya, maka isu berkaitan risiko ergonomik tidak menjadi perkara serius yang perlu diberi perhatian. Namun, berbeza cerita sekiranya anda seorang tukang paip yang menggunakan alat ini secara kerap atau untuk tempoh yang lama. Ia perlu diambil perhatian secara serius supaya risiko ergonomik dapat dikawal.
The biennial seminar will bring you two special appearances and four speakers from various industries. Dr. Ming-Lun (Jack) Lu from NIOSH US will be talking about The Application of PtD in HFE and Dr. Halimahtun Mohd Khalid (HFEM Past President) will be delivering her talk on Behavioral Sciences – Everything you wanted to know but not afraid to ask.
HFEM Quarterly Newsletter (July 2022) | Page 3