Seminar Kepentingan Keselamatan Reka Bentuk Label dan Pembungkusan Produk Pengguna

Pada 28 Oktober 2022, HFEM (SIG Ergonomics in Design for All) dengan kerjasama PERKESO dan Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Mekanikal, UniMAP telah menganjurkan Seminar Reka bentuk Label dan Pembungkusan Selamat Bagi Produk Pengguna.

Program yang dianjurkan secara percuma ini telah disertai oleh 41 orang peserta.

Fokus seminar ini adalah seperti berikut:

1. PERKESO
Skim Perlindungan, Faedah dan Tuntutan PERKESO.

2. KEPENTINGAN PELABELAN
Pengenalan Jenis- jenis Label, Perbezaan Label dan bungkusan, Label Usahawan dan penilaian, Pandangan pelanggan terhadap label, Cara memperbaharui rekabentuk Label, Elemen penting dalam rekaan label dan pembungkusan.

3. KEPENTINGAN PEMBUNGKUSAN
Perbezaan antara pembungkusan makanan dan bukan makanan, Jenis pembungkusan makanan di pasaran Malaysia dan global, Penilaian bungkusan produk makanan, Penilaian pandangan sasaran pasaran di Malaysia,Cara memperbahui label dan pembungkusan produk,Elemen dan kriteris penting dalam rekabentuk label dan bungkusan mengikut Akta dan standard yang betul.

4. KEPENTINGAN MEMAHAMI AKTA DAN STANDARD KESELAMATAN DALAM REKABENTUK PERLABELAN DAN PEMBUNGKUSAN YANG SELAMAT BAGI PRODUK PENGGUNA.
Memahami akta dan standard keselamatan dalam rekabentuk perlabelan dan pembungkusan bagi memastikan maklumat dan informasi wajib produk sampai kepada pengguna sasaran. Menyebarluas maklumat akta dan standard label dan pembungkusan perlu difahami sebagai suatu garispanduan keselamatan.

Latest post