Seminar Celik Kepenggunaan – Hubungan reka bentuk produk ergonomik berpusatkan pengguna ke atas pembelian dalam talian

Pada 23 Jun 2023, HFEM dengan kerjasama Community Resiliance and Experential  Learning (CARE) dan Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Mekanikal, UniMAP, dan Kolej Komuniti Bandar Darulaman telah menganjurkan kursus jangka pendek sempena ‘National Training Week (NTW) 2023. Program ini mendapat tajaan geran daripada Kementerian Kepenggunaan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Program yang dianjurkan secara atas talian ini dihadiri oleh 64 orang peserta yang terdiri daripada ahli Persatuan Isteri dan Kakitangan Wanita UniMAP (PISKANITA) dan warga UniMAP.

Pengisian program ini disampaikan oleh Ts. Norashiken binti Othman dan Prof Madya Ts Dr. Noormaizatul Akmar binti Ishak dari UniMAP.

………………

Modul 1: Pengenalan: Pemerkasaan Pengguna

Modul 2: Ergonomik, Faktor Manusia berpusatkan pengguna:

  • Faktor manusia dan ergonomik berpusatkan pengguna dalam Reka Bentuk Produk.
  • Pengaruh faktor manusia dan ergonomik berpusatkan pengguna dalam tingkahlaku keputusan pembelian dalam talian.

Modul 3: Ergonomik, Faktor Manusia & Keselamatan:

  • Kecederaan dan Kemalangan akibat rekabentuk yang tidak selamat.
  • Akta dan Standard Keselamatan dan Ergonomik Produk Pengguna
Modul 4: Pengaruh Keputusan Pembelian ke atas Kesedaran Kewangan:

  • Tingkahlaku Pembelian dalam talian: Kemahuan versus Keperluan
  • Kesan Perbelanjaan di luar kawalan ke atas taraf kewangan

Modul 5: Etika Kepenggunaan

  • Pengaruh gelagat pembelian pengguna ke atas strategi perniagaan dalam talian.
  • Etika pereka bentuk, pengeluar produk dan peniaga dalam mempengaruhi   pengguna dalam talian.

Latest post